
Credit to -
Terminologi hacker muncul pada awal tahun 1960-an diantara anggota organisasi mahasiswa Tech Model Railroad Club di Laboratorium Kecerdasan Artifitial Massachusetts Institute of Technology (MIT). Kelompok mahasiswa tersebut merupakan salah kelompok perintis perkembangan teknologi komputer dan mereka berpusat dengan sejumlah komputer mainframe. Kata hacker pertama kalinya muncul dengan erti positif untuk menyebut seorang anggota yang memiliki keahlian dalam bidang komputer dan mampu membuat program komputer yang lebih baik ketimbang yang telah dirancang bersama.
Kemudian pada tahun 1983, istilah hacker berubah menjadi negatif. Pasalnya, pada tahun tersebut untuk pertama kalinya FBI menangkap kelompok kriminal komputer The 414s yang bertapak di Milwaukee AS. 414 merupakan coder area local mereka. Kelompok yang kemudian disebut hacker tersebut dinyatakan bersalah atas penggodaman 60 buah komputer, dari komputer milik Pusat Kanser Memorial Sloan-Kettering hingga komputer milik Laboratorium Nasional Los Alamos. Satu dari pelaku tersebut dipenjarakan kerana testimonialnya, sedangkan 5 pelaku lainnya mendapatkan hukuman masa percubaan.
Kemudian pada perkembangan selanjutnya muncul kelompok lain yang menggelarkan diri hacker, padahalnya bukan. Mereka ini (terutama para remaja) yang mendapat kepuasan akhirnya memanipulasi komputer dan menceroboh telefon (phreaking). Hacker sejati menyebut mereka sebagai 'cracker' dan tidak suka bergaul dengan mereka. Hacker sejati memandang cracker sebagai orang malas, tidak bertanggung jawab, dan tidak terlalu cerdas. Hacker sejati tidak setuju jika dikatakan bahwa dengan menceroboh privasi seseorang telah menjadi Hackers.
Para Hacker mengadakan pertemuan setiap setahun sekali iaitu diadakan setiap pertengahan bulan Julai di Las Vegas.Perhimpunan pertemuan hacker terbesar di dunia tersebut dinamakan Def Con. Acara Def Con tersebut lebih kepada perhimpunan pertukaran informasi dan teknologi yang berkaitan dengan aktiviti hacking.
Hacker dipandang negatif kerana salah faham masyarakat akan perbezaan istilah tentang Hacker dan Cracker. Banyak orang memahami bahwa Hacker yang mengakibatkan kerugian pihak tertentu seperti mengubah template sesuatu status web (defacing), menyisipkan kod-kod virus dsb. Padahal, mereka adalah Cracker. Crackerlah menggunakan privasi yang belum diperbaiki oleh pembuat perosak (bug) untuk menyusup dan merosakkn sesuatu sistem. Atas alasan ini biasanya para Hacker difahamkan dan dibahagi menjadi 2 golongan iaitu White Hat Hackers, yakni Hacker yang sebenarnya(Protagonis) dan Cracker yang sering disebut dengan istilah Black Hat Hackers(Antagonis)..
Dan di Zaman siber dunia tanpa sempadan ini, keluarnya ramai pengguna yg lebih hebat,genius & licik dlm menggunakan perkhidmatan Internet dan intranet kini. Ramai diantara mereka kini boleh digelar sebagai Hackers dengan tanpa mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Hacker Sedunia (PHS). Mereka kini memainkan dua peranan berbeza samada sebagai Hacker sejati mahupun generasi sebagai Craker..
Akhir kata, berwaspadalah dalam menceburi dunia IT..
Bersambung >8